Tuesday, September 16, 2008

Innalillah..- Nazirah

Sukar rasanya untuk menerima kenyataan ini, ukhti siti hajar izham telah kembali ke rahmatullah tanggal 8 september 2008, sebulan sebelum ulangtahun kelahirannya yang ke-23. K.hajar yang telah kami anggap seperti kakak sendiri meninggal dalam usia yang begitu muda..saya rasa seperti bermimpi..tapi itulah hakikat yang terpaksa kami terima. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati, ini takdir yang tidak dapat diubah.

Malam 2 tengah ulangkaji, esok-9hb ada exam. Dalam lebih kurang pukul 12mlm dapat panggilan dari lin (haslinda)
"Jie...jie..." kedengaran suara menangis..
"Lin, kenapa ni lin??" sangkaan saya lin ada masalah.
"Jie...k.hajar dah takde..." suara lin teresak2 di hujung talian. Saya terkedu, tidak percaya, betulkah apa yang saya dengar ni?
"Jie..k.hajar dah takde, dia dah pergi.." lin menangis lagi.
"Innalillahi wainna ilaihiraji'un.." air mata tak dapat ditahan lagi, saya menangis semahu-mahunya..
"Ya Allah..k.hajar dah pergi,moga dia ditempatkan di kalangan hamba-Mu yang beriman,ameen" hati saya berdoa.
"Macam mana aku nak study ni?" terus hilang mood, saya tak dapat tumpukan perhatian dalam keadaan begini. Lama saya termenung dan cuba menenangkan diri. Air mata terus mengalir tanpa henti, sebak, pedih rasanya untuk menerima sebuah kehilangan. Saya gagahkan diri juga sambung study walaupun dengan linangan air mata.
Sahabat2 lain ramai yang terus ke rumah k.hajar malam tu juga. 1pagi dapat panggilan dari ain malek, katanya on the way ke rumah k.hajar. Dalam 3lebih alifah call, dah nak balik..saya masih belum tidur, masih mengadap nota.
Jam 4 pagi k.imah pula yang call, "tak tidur lagi?"
"Belum..akak dh blk?" saya bertanya.
"Em, baru je sampai.."
Sedih jugak sebab tak dapat ikut semalam.

9hb..
Sebelum gi kelas semasa tengah bersiap pagi tadi, hajar kt kuantan call, "Jie, betul ke hajar dah xde? Bila? Kat mana? Dia sakit ape?"
bertubi2 soalan hajar tanya, inginkan kepastian dari saya. Saya hanya mengiyakan, menjawab lesu..
Dalam kelas pagi tu tak dapat fokus sangat, fikiran rasa melayang2 je..saya tengok mata wani bengkak, saya tahu dia menangis..memang kami sedih. Lepas kelas tu baru exam, saya cuba jawab sebaik mungkin, walaupun fikiran saya asyik teringatkan k.hajar..
Tengahari tadi bertolak ke sana, sebaik sampai di masjid van jenazah dah bergerak keluar, kami ikut je van jenazah tu sampai ke tanah perkuburan islam shah alam. Saya agak terkilan sebab tak sempat menatap wajah arwah untuk kali yang terakhir, cuma sempat melihat jenazah diturunkan ke dalam liang lahad. Rasa sebak tak dapat ditahan, air mata terus mengalir sepanjang berada di sana. Saya terfikir bagaimana sekiranya saya yang berada di tempat k.hajar?
Macam mana keadaan dia di sana? Pelbagai persoalan bermain-main di fikiran ketika itu. Sahabat2 lain turut berada di sana, ramai yang mengiringi jenazah, hati saya terus berdoa moga2 Allah tempatkan arwah bersama hamba-Nya yang beriman, bersama kekasih-Nya..
Dalam perjalanan pulang hati saya rasa sungguh sayu, kami tak dapat jumpa dia lagi lepas ni..sampai bila2..
Lepas terawih dan witir tadi kami buat solat sunat jenazah ghaib untuk arwah, pilu hati saya bila mendengar namanya disebut. Air mata tak berhenti mengalir sepanjang solat, saya cuba gagahkan diri & kuatkan semangat. Sedih memamg sedih, tapi hidup ini perlu diteruskan, saya sedar kita semua akan menghadapi kematian, cuma cepat atau lambat, kita tak tahu..
Kalma2
"Izinkan kami bertemu di syurga-Mu Ya Allah..Allahummaghfirlaha warhamha..."

"Apabila hati sedih dengan ujian kehidupan yang melelahkan jiwa, alirkanlah air matamu wahai jiwa.. Tumpahlah ke tikar solatmu.. Sesungguhnya Allah mendengar tangisanmu yang memohon kasih-Nya..."

Puteriku Siti Hajar - Permata Hati Ayah Dalam Kenangan

Hati mana tak akan pilu apabila anak tersayang diambil di kala kasih sayang sedia terbelai. Perasaan mana tidak hiba apabila permata hati dirampas ketika dalam dakapan mesra. Emosi mana yang tidak terganggu apabila insan harapan ghaib dalam sekelip mata. Mungkin rintihan ini dek kerana “emotional outburst” yang melulu dan tidak terkawal. Tetapi hakikatnya itulah perasaan seorang ayah yang kehilangan anak tercinta ……

Tanggal Isnin 8 September 2008, di kala umat Islam sedang asyik mengerjakan solat sunat Tarawih, puteriku Siti Hajar dalam diam-diam dijemput menemui PenciptaNya. Umurnya yang baru menempuh 23 tahun, pelajar tahun 1 UIA di dalam bidang Bahasa Arab dan memiliki tubuh badan yang sihat bukanlah merupakan alasan untuk memanjangkan usianya. Saat dan ketika puteriku dah sampai, dan sebagaimana janji Allah swt, 1 saat pun tidak akan ditangguhkan apabila ajal dah tiba. Aku pasrah kepada ketentuan Ilahi …….

Kakak, begitulah ia membahasakan dirinya, tidak pernah sakit lebih daripada 2 hari lamanya sebelum ini. Itu pun jarang berlaku. Kakak seorang yang sihat dan aktif di dalam kerja-kerja jamaah dan pelajaran. Secara tiba-tiba Kakak terkena sakit ruam di seluruh badan lebih kurang sebulan yang lalu. Aku ubati Kakak sebagaimana biasa. Ruamnya sembuh tetapi sendi-sendi kakinya pula rasa sengal dan sakit. Ujian darah di SJMC menunjukkan Kakak mengidap “Rheumatoid Athritis” yakni radang sendi di peringkat awal. Menurut doktor yang mana juga aku persetujui, ia hanya kecil, mudah sembuh dan tidak merbahaya. Kakak mengambil ubat-ubatan secara alopati, homeopati dan juga rawatan secara Islam. Hasilnya Kakak hampir sembuh 2 minggu kemudian. Apa yang peliknya, kebiasaan manusia apabila penyakitnya makin sembuh maka tahap kecergasannya pun semakin meningkat. Tetapi tidak dengan Kakak. Kecergasannya semakin menurun walaupun penyakitnya semakin sembuh. Ini yang membingungkanku dan semua orang ……

Lebihkurang 1 minggu yang lepas, Kakak tiba-tiba demam. Demam biasa saja, suhu tinggi sikit dan diiringi dengan batuk dan cirit-birit. Walaubagaimana pun keadaannya tidaklah begitu membimbangkan, musim demamlah katakan …..

Hari Isnin, ketika aku sibuk bersiap untuk ke tempat kerja pada sebelah pagi, isteriku memaklumkan bahawa Kakak merasa sedikit penat hari itu. Aku jenguki Kakak dan mendapati ia sedang berbaring relaks. “Nampak biasa saja,” bisik hati ku lantas bergegas ke tempat kerja. Di sekitar pukul 6.30 petang aku pulang dari kerja dan terus menjenguk Kakak. Pelik hari tu kerana Kakak tidak berbaring di biliknya sebaliknya memilih berada di bilik tetamu. Sebaik aku masuk, terpandang keadaan penat Kakak yang agak melampau sehinggakan kepala dan tangannya tergoyang-goyang di luar kawalan. “Ini sangat serius,” bentak hatiku. Saya cadangkan kepada Kakak supaya kita ke klinik tetapi Kakak menolak dengan lembut. “Kakak tak taulah ayah, Kakak penat betul hari ini. Boleh tak esok saja kita pergi klinik?”,ujarnya dengan nada yang amat memilukan. Hatiku bagai disiat-siat melihat keadaan Kakak. Aku angguk kepala tanda setuju. Aku duduk di sisinya lantas memegang dan mengusap tangan dan muka Kakak. Suhu badan normal, sendi-sendinya pun sudah tidak sakit lagi dan batuknya pun telah ghaib entah ke mana. Kakak berkata ia semakin sihat. Peluhnya keluar mencurah-curah dan ia berselera sekali makan. Walaupun ketika aku amati wajahnya dalam-dalam kelihatan seolah-olah ia seperti nazak tetapi aku cuba nafikan hakikat ini kerana keadaan fizikalnya tampak semakin baik. Baru aku sedari kemudian bahawa Kakak bukan penat biasa tetapi nyawanya semakin pendek dek ditarik perlahan-lahan oleh Malikul-Maut.

Aku berbual-bual mesra dengan Kakak sambil ia memegang erat tangan ku. Apabila aku menarik tangan untuk pergi bersiap berbuka puasa, Kakak merayu supaya aku tunggu sekejap lagi bersamanya. Aku berjanji akan kembali menemani Kakak selepas berbuka puasa di masjid. Sekembali aku dari masjid aku dapati Kakak semakin ok, siap senyum lagi dan meminta ayah pergi bertarawih ke masjid. Dia dah sembuh, katanya. Aku pergi bertarawih dengan agak ceria apabila mendengar pengakuan Kakak. Telepon bimbit pun tidak “bervibrate” ketika solat bermakna semua ok di rumah.

Ketika aku berada 100 meter dari rumah waktu pulang bertarawih, tiba-tiba telepon bimbit berbunyi. “Cepat bang anak kita tak mahu bangun!”, jerit isteriku. Menurut isteriku kemudiannya, selepas aku ke masjid, Kakak minta nak solat segera selepas azan Isya. Selesai solat ia meminta kebenaran maknya untuk berbaring relaks buat seketika. Maknya pun bersetuju dan membiarkan Kakak berbaring sambil ia sendiri menunaikan solat tarawih berhampiran dengan Kakak. Selesai solat witir isteriku berpaling ke belakang dan mendapati Kakak sedang berbaring tidak bergerak-gerak. Ia lantas cuba membangunkannya tetapi Kakak tetap membisu…..

Aku periksa nadinya, cuba mengesan bunyi nafas dan degupan jantungnya, tapi tiada. Aku cuba lakukan CPR, dan sebaik saja aku tiup di mulutnya udara mudah saja sampai ke paru-paru seolah-olah aku sedang meniup melalui straw ke dalam belon. Ini membuktikan bahawa Kakak sudah pergi, pergi selama-lamanya …..

Aku tidak mahu menghampakan isteriku. Lantas aku ajak abang ipar ku untuk mengangkat Kakak ke dalam kereta dan segera menuju ke pusat perubatan berhampiran. Sebaik tiba di pusat perubatan berkenaan, doktor di bahagian kecemasan hanya mengambil masa 10 minit untuk mengesahkan apa yang kami amat takuti, yang Kakak telah pun meninggalkan kita lebih setengah jam yang lalu. Air mata semua berguguran tak tertahan-tahan lagi. Aku cuba gagahi bertahan. Sebagai ayah aku kena pujuk ahli keluarga lain. Bagaimana dapat aku lakukan tugas ini jika aku turut sama terheret di dalam pesta air mata. Berterusan doaku semoga aku diberi kekuatan untuk menghadapi ujian yang amat hebat ini. Alhamdulillah makbul …..

Doktor tidak tahu nak tulis kematian mengejut ini disebabkan oleh penyakit apa. Umur muda dan tidak ada sejarah sebarang penyakit merbahaya. Dia meminta saya bersetuju dihantar ke hospital kerajaan untuk dibedahsiasat. Aku merayu dan merayu supaya jenazah puteriku tidak disiksa begitu rupa. Berkat doa dan pertolongan semua, sekali lagi Allah swt makbulkan doaku. Jenazah Kakak sedia untuk dibawa pulang ke rumah. Di saat itu pusat perubatan sudah dibanjiri oleh saudara dan rakan yang datang untuk berkongsi sedih. Di sekitar 1.30 pagi, jenazah Kakak sudah ada di rumah menunggu esok untuk dikebumikan. Ayah dan makku di kampong sudah luluh di dalam tangisan hiba. Mereka segera bertolak dari Perlis untuk bersama berkabung bersama keluargaku. Rakan taulan dan saudara mara tidak putus-putus berkunjung ke rumah ku sehingga ke subuh. Pukul 11 pagi Kakak dimandi, dikapan dan disolat jenazah (yang aku imami) sebaik saja selesai solat zohor. Menurut sorang Pak Aji yang tinggal berdekatan masjid mengakui bahawa ini adalah sejarah kehadiran paling ramai makmum bersolat jenazah sejak masjid ini mula dibuka. Rezekimu Kakak ……

Kakak selamat dikebumikan di Seksyen 21, Shah Alam sekitar jam 3.00 petang. Ayahku sendiri yang membuat tazkirah dan doa selepas selesai upacara pengkebumian. Kami sekeluarga pulang, pasrah kepada ketentuan Ilahi bahawa Kakak telah pergi buat selama-lamanya menemui allah rabbuljalil.

Ramai teman bertanya bagaimana aku boleh begitu “cool” menghadapi saat-saat kematian puteri sulong tercinta. Jawapannya mudah, kerana kekuatan yang Allah beri kepada ku. Kakak pergi dalam keadaan yang paling baik yang boleh kita minta. Ia anak yang sentiasa patuh kepada ibubapa, berakhlak mulia, sentiasa menjaga kehormatan diri dan ibadat. Malah ketika berbaring, lidahnya tidak lekang membaca Al-Qur’an dan berwirid. Kakak adalah insan yang mudah bertolak ansur dalam bab keduniaan. Jawapannya sentiasa,”Ikut suka hati ayah …..”. Walaubagaimanapun, Kakak begitu tegas dalam bab agama. Berapa kali bapa saudaranya ditegur kerana masih merokok. Kakak diberi pendidikan agama sejak kecil sehingga di Universiti, samada di sekolah atau di rumah. Kakak seorang yang rajin di dalm kerja-kerja jamaah dan memang memiliki jiwa pemimpin. Kehadiran ramai temannya dari UIA membuktikan hakikat ini. Di samping itu Kakak sangat cemerlang di dalam pelajarannya. Beberapa hari selepas meninggal dunia, kami menerima sepucuk surat daripada UIA memaklumkan Kakak tersenarai di dalam Senarai Dekan kerana kecemerlangan akademiknya. Saya menyaksikan sendiri banyak tanda-tanda kurniaan Allah kepada Kakak. Bilik tempat Kakak meninggal dunia harum semerbak bau bunga-bungaan (sehingga ke hari ini) walaupun kita tak pernah bawa masuk sekuntum bunga pun ke dalam rumah. Waktu dimandi jenazahnya oleh maknya tak ada sedikit najis apa pun keluar darinya. Wajahnya puteh berseri-seri, lembut ayu dan tersenyum seolah-olah seperti sedang tidur. Kombinasi semua ini dan banyak lagi memberikan seribu alasan untuk kami lebih gembira daripada bersedih di atas pemergiannya. Namun sebagai ayah, kehilangan Kakak tetap dirasai dan dirindui. Kakak telah membawa bersama secebis hati ayah yang tak mungkin dapat ayah perolehi kembali di dunia ini. Ayah sayang kepada Kakak dunia hingga ke akhirat ……..

Anak Bapa: Moga Allah cucuri ruh Kakak dan ditempatkan di kalangan orang yang solihin …….

Sunday, September 14, 2008

Bunga Yang Hilang-sharif ahmad

Salam takziah buat sahabat seperjuangan Kak hajar Izham, yang meninggal dunia malam tadi dalam perjalanan ke hospital. Moga Allah merahmati ruh dan pemergianmu dalam keadaan redha dan diredhai..radhiatan mardhiah..

Dalam sedar dan tidak, seorang dari kalangan sahabat2 ku mula meninggalkan dunia..beliau (kak hajar) adalah orang kedua yang meninggal pada usia muda. sebelum ini sahabat seusia 21 tahun rosmizi berlalu dari dunia. Apa yang berbekas padaku ialah senyuman kedua sahabatku ini masih segar dalam ingatan..

Dalam kesedihan MAlaysia bersedih dengan kehilangan Pak Samad (A. Samad Ismail) 4.9.08 veteran pejuang kemerdekaan Malaysia, yang perjuangan beliau menentang penjajahan Jepun dan British melalui Kesatuan Melayu Muda, disusuli peranan beliau mendrafkan Perlembagaan Rakyat bersama-sama Pak Sako dan Ahmad Boestamam...meninggal pula Kak Hajar yang saya kira tidak kurang besar jasanya dalam perjuangan memartabatkan Islam ini.

Orangnya yang manis dan senantiasa tersenyum menjadikan dia senang dan disennangi segenap lapisan masyarakat.Moga Allah menempatkan beliau dalam kalangan safwatul mukhtarah.al-fatihah

Aku hanya melihatnya ketikan terbujur kaku-Zaki

Salam KayBee




“Ki..,esok malam aku ingat nak buat tahlil untuk arwah sekejap…” Fitry yang membonceng bersuara sebaik motosikal aku hampir tiba di cafe Mahallah Ali. Kami bercadang untuk minum bersama selepas selesai menunaikan solat tarawih semalam. “…tapi tak ada orang yang boleh ketuainya…minta tolong mu boleh..?”, riak wajahnya penuh pengharapan. “…ramai yang akan datang tapi tak ada lagi orang yang akan ketuai majlis”, Fitry menambah seakan pilihanku hanyalah “Ok”. Aku kelu seketika. Membisu seribu bahasa. Rasa sayu kehilangan seorang sahabat yang hanya dilihat ketika terbujur kaku kembali menerjah fikiranku.


Siti Hajar Izham. Itulah nama penuh arwah yang diberitahu kepadaku. Beliau pergi mengadap Ilahi meninggalkan kami pada Isnin malam (8 September bersamaan 9 Ramadhan) yang lalu, sewaktu sahabat-sahabat yang lain sedang berada dalam majlis ilmu mengikuti kuliah oleh Ustaz Tarmizi Mat Din. Takdir atau kebetulan, ustaz banyak menyebut tentang persoalan kematian pada malam tersebut.


Malam itu berakhir tidak seperti kebiasaan. Aku terdengar esakan tangisan ketika berita kematian disampaikan beserta doa yang dibacakan oleh Presiden Ma’ruf Club, Akh Ridhwan Bakar. Masing² terasa hiba dengan kehilangan seorang sahabat seperjuangan. Ya, kami telah kehilangannya. Kehilangan yang sukar digalang ganti.


Malam itu aku bertekad untuk melawat arwah. Majoriti junior aku (baca : batch aku di matrik dulu) pun turut serta. Aku diberitahu arwah hanya sertai batch ni setelah aku melangkah masuk ke Kampus Gombak. Mungkin sebab itu aku memang tidak sempat mengenalinya. Saat kami berkumpul, masih ada yang menangis dan tidak kurang yang sukar mempercayai (baca : bukan tidak redha tapi seakan ia berlaku terlalu cepat dan dalam keadaan tidak bersedia) bahawa mereka telah ditinggalkan oleh arwah buat selamanya. Arwah masih muda. Baru nak masuk 23 tahun. Masih banyak perkara yang kami dan arwah boleh lakukan bersama pada waktu semuda ini. Namun Allah Ta’ala lebih menyayanginya daripada kami. Terasa ingin berkongsi kesedihan dengan junior aku yang sememangnya amat mengenali arwah, namun aku tahu kesedihan yang aku rasa tidak mampu dikongsi dengan kesedihan mereka alami.


Hari itu, kami bertolak lebih kurang pukul 12.30 tengah malam. 16 buah kereta semuanya. Membentuk dua kumpulan. Kumpulan pertama bergerak lebih awal. Aku berada di kumpulan kedua bersama 6-7 buah kereta yang lain kerana menunggu senior kami yang ingin turut serta.


Kami sampai lebih kurang sejam kemudian. Pemuda-pemudi memenuhi rumah arwah. Seketika demi seketika, mereka sampai. Mata aku memerhatikan keadaan sekeliling. “Alangkah beruntung arwah mempunyai kenalan seramai ini…”, detik hatiku. “…untuk
berkumpul dari pelbagai tempat seawal pagi ini memungkinkan mereka begitu rapat dengan arwah”, monologku lagi sendirian. Kami terdiri daripada senior arwah, sebatch dan junior dari Pusat Matrikulasi PJ & Nilai.


Ketika pihak muslimat membaca Yasin dan doa di dalam rumah, kami di bahagian muslimin bersila beramai-ramai di halaman rumah arwah bertahlil diketuai oleh seorang ustaz. Sayu bacaan kami pada pagi yang dingin itu. Selesai tahlil dan doa serta setelah hampir sejam lebih kami berada di sana, tiba giliran kami pula untuk menatap wajah arwah sebelum pulang.


gambar hiasan


Aku melangkah masuk ke rumah bersama² dengan sahabat² yang lain. Masih ramai muslimat yang berada di sisi arwah. Mereka bergilir² menatap wajah arwah buat kali terakhir sambil ada yang terus-menerus membacakan doa. Di celahan orang ramai itu, aku sempat menyelit untuk melihat wajah arwah. Tenang. Senyum. Namun terbujur kaku. Aku menatapnya, buat kali pertama..,dalam keadaan sedar inilah kali terakhirku melihatnya. Aku membisikkan kepada
Fitry untuk membacakan Al-Fatihah buat arwah kemudian diiringi sekalung doa. Aku turut membaca Fatihah dan doa sambil menatap wajah arwah. Terasa sebak di dada. Pelik. Aku tak pernah kenal arwah sebelum ini namun pada malam itu, aku berasa satu ‘kerugian’ tak dapat mengenali arwah semasa hayatnya.


Selepas mengatakan ‘ok’ kepada Fitry untuk mengetuai majlis tahlil, aku online seketika selepas itu untuk menyalari beberapa blog sahabat yang mengenali arwah. Naluri aku mengatakan mereka akan post entri terbaru berkenaan pemergian arwah. Satu persatu blog daripada sahabat aku singgah. Mataku tertumpu jika entri tersebut wujud. Seluruh diriku hanya berminat pada entri itu sahaja. Hanya jariku bergerak mengawal tetikus. Pemergian arwah sesungguhnya amat diratapi. Tanpa disedari, kelopak mataku bergenang. Air mataku hampir menitis. Aku kesat, sebelum ia singgah di pipi. Perasaan sayu mula menguasai diri.


Arwah memang telah lama sakit. Hanya sempat menyambung pelajarannya di Kampus Gombak sewaktu sem pendek dan 2 minggu pertama sem panjang awal Julai yang lalu. Selepas itu, arwah jatuh sakit. Sebaik keadaannya semakin teruk, arwah terpaksa berada di rumahnya. Beberapa kali juga sahabat² menziarahinya. Walaupun raut wajah arwah agak ketara perubahannya, kata mereka, arwah masih boleh berdiri, berjalan dan bergurau-senda. Seperti kebiasaannya. Arwah masih seperti dulu. Baik hati, ceria dan selalu tersenyum.


Malam itu, arwah solat Isya’ agak awal. Selepas itu, arwah memberitahu ibunya untuk tidur buat seketika kerana mahu menghilangkan rasa letih. Ibu dan nenek arwah kemudian solat bersama² seperti biasa. Arwah pula tidur,berhampiran mereka. Sebaik sahaja mereka selesai solat, ketika mana ibu arwah mahu menggeraknya bangun, arwah dikatakan tidak mahu bangun tanpa ibunya sedari, tidur arwah kali ini bukan tidur seketika. Tidurnya tidur yang tiada penghujungnya. Arwah memang tidak akan bangun lagi. Arwah telah pergi buat selamanya. Meninggalkan kita semua.


gambar hiasan


Janji Allah memang tidak dapat ditakwilkan. Kematian itu jika diperintahkan ke atas makhluk-Nya, tidak akan diawalkan sedetik atau dilewatkan seketika. Aku menadah tangan ke hadrat Ilahi menghadiahkan doa buat sahabat perjuanganku Siti Hajar Izham yang telah mendahului kami mengikuti orang² terdahulu mengadap Tuhan Rabbul ‘Izzati. Arwah pergi meninggalkan kami pada usia sebegitu muda, dalam keadaan terbaik dan pada bulan terbaik. Aku merendah diri merafa’kan doa pada-Nya mengharapkan kami turut akan menyusuli jalan yang telah arwah Hajar lalui dan jalan mereka yang sebelumnya telah tempuhi. اللهم أشهد


ألحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على خاتم النبين محمد وعلى أله وأصحابه أجمعين
أللهم أنت ربنا وربها وأنت خلقتنا وخلقتها وأنت هديتهنا وهديتها
وأنت سيقبض روحنا وأنت قد قبضت روحها
فارحمنا وارحمها وعافنا واعف عنها

أللهم لا تحرمنا أجرها ولا تفتنا بعدها واجعل قبرها روضة من رياض الجنة
وأنت أعلم بسرنا وسرها
وأنت أعلم بعلايتنا وعلايتها
فاغفرلنا ولها
انك غفور رحيم

أللهم اغفر لحينا وميتنا وشاهدنا وغائبنا
ومن أحييته منا فأحييه بالاسلام ومن توفيته منا فتوفه على الايمان

أللهم آمين
وصلى ألله على محمد وعلى أله وأصحابه أجمعين و ألحمد لله رب العالمين


Buat rakan-rakan yang membaca entri ini, sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Siti Hajar Binti Izham. Al-Fatihah.


Wassalam,
013-9489849

Saturday, September 13, 2008

WAKAFA BILMAUTI WA'IZHAN - Kak Imah

Setiap yang hidup Pasti akan mati

sedang kami mendengar tawjihat dari seorang ustaz,tibe2 sahabatku fadhilah mendapat berita daripada keluarga sahabat kami bahawa beliau telah tiada lagi ketika dalam perjalanan ke hospital.kami yang sebatch amat2 terkejut dan sedih dgn berita itu.perginya seorang raisah batch,kakak,sahabat seperjuangan islam...iaitu Allahyarhamah siti hajar izham,23thn.saya & beberapa org sahabat tidak dapat meneruskan tumpuan dlm liqa' tersebut dan keluar dari audi untuk membincangkan sesuatu untuk memberitahu sahabt2 seperjuangan di pj & kuantan dan membincangkan pergerakan untuk melawat Allahyarhamah.ya Allah,xdpt diri ini membayangkan betapa tkejutnye dgn berita itu.mmg kesihatan beliau tidak menentu.dr mengatakan bahawa beliau menghidap penyakit sendi dan dlm masa yg sama juga mgalami penyakit dalaman yg lain,wallahua'lam.dlm jam 1pagi lebih kami muslimin muslimat dgn lbh kurang 10 kenderaan bgerak ke rumah Allahyarham...lbh kurang jam 2.30am kami sampai,sanak saudara & jiran tetangga sudah memenuhi ruang rumah....di si2 kami dapat melihat wajah terakhir k.hajar...air mata ini mula membasahi pipi semula...sebelum pulang sempatlah diri ini & sahbt2 yg lain mencium & menatap wajah k.hajar...dgn senyuman yg masih terukir....subhanallah...meninggal di bulan ramadhan,di bulan mulia...bagaimanakah kita nanti sahabat???wallahua'lam...

kak hajar adalah kakak setelah saya.baru diri ni nak merasai jd adik,tp apakan daya Allah lbh menyayanginye.seorang yg ceria,membuatkan sesiapa sahaja mudah mendekati beliau.seorang yg suka memberi nasihat thadap adik2nye,dan yg pasti seorang srikandi yg bersama2 terlibat dlm perjuangan islam...kehilanganmu amat kami rasai kak hajar...teramat2 kami rasai...xterungkap sayu di hati kami ini...moga dirimu ditempatkan dikalangan orang-orang soleh.



Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa


Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
kau sahabatku kau teman sejati

al-fatihah buat Allahyarhamah siti hajar izham@k.hajar...alfatihah...
wakafa bilmauti wa'izhan(cukuplah sekadar mati i2 mjadi peringatan)
moga memberi peringatan bahawa kita jua akan turut serta nanti menemui mati...
bila,di mana & bagaimana???wallahua'lam...

Kehadiran dan Kehilangan...-Imran



BismiLlaahi WalHamduliLlaah…

Semalam aku dikejutkan dengan mesej yang terpapar pd skrin handsetku, “k.hajar meninggal dunia td.Al-Fatihah”. Lalu aku cuba memastikan kesahihannya krn mungkin ada perkataan “nenek” atau “datuk” atau lain-lain yang biasa aku dengar. Namun akhirnya berita mengesahkan bhw yang meninggal itu memang k.hajar,bukan atulknya mahupun neneknya.

Aku tersentak dengan berita ini,seakan tidak percaya. Rasanya baru beberapa bulan yang lepas ada liqa’ perpisahan di Pusat Asasi UIAM ketika short-sem. Beliau mengambil jurusan Bahasa Arab di UIAM Gombak. Masih segar di ingatanku bagaimana beliau begitu bersemangat dan bertanggungjawab dalam usaha dakwah dan tarbiyyah di Pusat Asasi UIAM Nilai, dengan wajah yang sentiasa tenang.

Namun, dalam kesedihan, tetap terbit perasaan syukur dan gembira dalam diriku; beliau dijemput menghadapNya pada malam 9 Ramadhan, satu bulan yang sangat mulia,semua insan pasti mempunyai hasrat untuk kembali menghadapNya pada malam Ramadhan jua,begitu juga aku. Moga-moga roh beliau berada di kalangan orang-orang yang diredhai Allah.

Inilah kehidupan, datang dan pergi setiap hari. Kelahiran dan kematian pasti ada di mana-mana. Aku baru sahaja menyambut kelahiran anak sulungku pada 17 Ogos yang lalu, entah bila kematian akan menyambutku (atau mungkin merentapku, A’uuzuibiLlaahi Min zaalik.)

WaLlaahu’alam.

Erti Hidup Ini -Hajar zainal

Saya macam tak percaya saja.pagi tadi wani kata ‘tahu tak kak hajar izham dah tak ada’. Hah, jangan bergurau pagi- pagi buta ni. Saya call jie di Gombak. Bila jie kata pekara tu betul, saya tak tahu dah nak kata apa. Saya macam tak dengar je apa yang dia cakap lepas tu dalam telefon. Saya rasa terawang- awang saje bila Prof Jalal mula sambung lecture urinary system. Betul ke? Seluruh dunia dah tahu saya baru je tahu pagi tu. Saya tak sangka. She’s 22 I guess. Ya ALLAH, mati itu benar.saya tak sangka dia dah takde. Saya ingat lagi bercakap dan berbisik dengan dia.ketawa tengok stail sempoi dia.kali terakhir jumpa dia saya ingat dia kata ada 3 Q yang penting dalam hidup kita untuk diamalkan. Dia kongsikan apa yang dia dapat dari ceramah senator mumtaz sehari sebelum tu. 3 Q tu adalah IQ,EQ dan SQ. masa stadi untuk mid- sem exam saya dua minggu lepas. Saya teringatkan dia waktu stadi subjek introduction to pharmacy, philosophy & history, ada topic ethics of muslim pharmacist, Prof Haniki pun ajar 3Q ni jugak. Masa stadi tu saya teringat camne kak hajar cite pasal 3Q ni. Sempoi dan bersahaja. Saya masih ingat lagi gayanya. She is a wonderful person. Saya berura- ura nak tulis sumtin dalam blog pasal 3Q ni,dah taip pun tapi rasa malas nak publish. Hari ni saya jadi teringat balik.

What lead your way?
Intelligence quotients? Emotion quotients? Spiritual quotients?
This is the three Qs that will lead you.
The foundation for all this is your spiritual quotients.
Stephen R. Covey in his book The 8th habit from effectiveness to greatness define SQ as
‘Spiritual intelligence is the central and most fundamental of all the intelligences because it becomes the source of guidance of the other three intelligences’
Zohar D. & marshall I, SQ: Connecting With Our Spiritual Intelligence.
SQ = the intelligence to define essence or values, the intelligence to put our actions and our lives into a wider and richer meaning.

Once our SQ is okay, insya ALLAH it will lead conscious dimension (IQ) and subconscious dimension (EQ) to understand and implement the more huge meaning of life.

Saya buat ni sebelum ni sambil teringat kat dia. Tak sangka hari ni kak hajar dah tak ada…
Habis kelas tengah hari, I start wondering apa ertinya hidup ni? Hidup kemudian mati.
Saya teringat baca buku harun yahya waktu siapkan assignment btq di matrik pj dulu. Saya dah lupa
tajuknya dan saya cari buku ni dalam web harun yahya tapi tak jumpa. Tak jumpa sebab saya tak ingat
tajuk buku tersebut.dari sekolah lagi saya belajar, kalau tak ada masa habiskan 1 buku, baca sahaja apa
yang ada dalam bab pemdahuluan dan prakatanya. Kadang- kadang ia dah cukup untuk kita dapat
gambaran keseluruhan isi buku tu. Dalam pendahuluannya, buku tu tanya pembaca apa ertinya kita
hidup? Lalu memetik kata- kata seorang wanita berusia 70 tahun ‘ kalau saya fikir kan semua kisah
kehidupan saya, saya rasa semuanya berlaku dalm sekelip mata. Dari seorang anak kecil saya jadi
seorang remaja dan gadis yang cantik. Kemudian saya menjadi dewasa. Saya ada banyak impian dan
angan- angan yang hampir semunya berjaya saya capai dan kecapi dengan bertambahnya usia saya.
Saya berkahwin dengan lelaki yang saya cintai dan sama- sama kami membesarkan anak- anak kami.
Sekarang suami saya dah tak ada. Sudah 3 tahun dia meninggal dunia. Saya tinggal berseorangan.
Anak – anak semua sudah berkahwin dan kadang- kadang sahaja mereka datang melawat saya.
Kehidupan yang sunyi ini buat saya terfikir apa ertinya saya hidup. Tak lama lagi saya tahu saya akan
menjejak langkah suami saya tapi saya masih tertanya- tanya apa ertinya kehadiran saya dalam dunia
ini?..kalau tanya ustaz jawapan dia pasti to worship ALLAH and act as HIS vicegerent. =) .menjadi hamba
ALLAH dan sebagai khalifah di muka bumi. Jawapan yang tepat tapi sukar dihayati. Abu saif dalam
saifulislam.com kata erti hidup pada memberi.
Saya pun dah jadi keliru. Banyak perkara yang saya impi dan cita- citakan dalam hidup ini tapi bila kawan
saya pergi dulu saya jadi tersentak. Hidup ini akan off bila- bila masa sahaja kan. Shut down. Orang kata
dunia ini tempat persinggahan sahaja. Kita dari Allah dan akan kembali semula kepadanya. masa dengar
ceramah ramadhan ustaz mukhtar suhaili di dq dulu, ustaz kata ustaz kata nabi adam asalnya dari
syurga. Sebagai anak cucu nabi adam, maka kita katalah begini. SAYA BERASAL DARI SYURGA DAN
HIDUP INI ADALAH PERJALANAN SAYA UNTUK KEMBALI SEMULA KE SYURGA!

9 RAMADHAN 1429H
In great remembrance of a great person who share same name with me, HAJAR in short interval time of this life, I was blessed to know her and without realizing it, I learn a lot from her. MAY ALLAH BLESS HER.

Allahumma ‘gfirla ha war hamha wa’ aafiha wa’ fu anha.


Ya ALLAH jadikanlah hidup ini tempat bertambah segala kebaikan padaku
Dan kematian itu kerehatan bagiku dari segala kejahatan.

Perginya Seorang Sahabat - Amalina

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.(ALI-IMRAN: 185)

8 Sept. 2008

Aku sedang menghadap laptop di bilik ku. Sibuk membelek-belek gambar yang telah ku ambil hujung minggu baru-baru ini untuk presentation dental product minggu hadapan. Tepat jam 12.14pagi di hanset ku, aku dikejutkan dengan panggilan dari sahabat matrik. Hati ku rasa pelik, kenapa tiba-tiba call tengah-tengah malam ni? "Hello kak lin tahu tak kak hajar meninggal, baru je tadi." Tiba-tiba diri terasa seperti disambar halilintar. Lantas gugur lah mutiara-mutira jernih ke pipiku tanpa dapat diseka. "Innalillahi wa inna ilaihi raji’un." Aku baru je ber’sms’ dengan kak hajar sebulan lebih yang lepas sewaktu baru mendaftar di kuantan. Arwah ceria seperti biasa dalam sms nya bertanya khabar kami di sini. Takde pulak dia cerita dia sakit.
Fikiran ku terus teringatkan pesanan arwah sewaktu bai’ah terakhir kami. "Lepas ni kita jumpa masa muktamar tau. Kalau akak tak nampak muka ko, siap!" Terngiang-ngiang suara itu ditelingaku. Sewaktu itu majlis bai’ah baru saja selesai dan kami duduk bersebelahan. Lantas ku genggam tangannya dan membalas "InsyaAllah 5 tahun lagi lepas saya grad kita jumpa kat muktamar PAS, saya nak tengok kak hajar dah ada berapa orang anak masa tu," lantas perbualan kami disusuli dengan gelak ketawa kami berdua. "Ayah kak hajar tak pernah miss muktamar sebab dia kata masa tu lah dia nak jumpa sahabat-sahabat seperjuangan dia masa kat universiti dulu. Masa tu jelah nak jumpa pun, semua kan duk negeri lain-lain. Kak hajar nak pesan kat ko nanti bila dah kerja kalau ada muktamar ambik lah cuti datang muktamar, boleh lah jumpa ngan sahabat-sahabat lama." Itu janji kami selepas berbai’ah. Kali ni bukan kak hajar yang tak jumpa aku, tapi aku yang tak akan jumpa dia. Kali terakhir kami bertemu sewaktu aku short sem di matrik. Arwah ceria seperti biasa ketika itu dan tak henti dengan gurauannya. Arwah juga berkongsi cerita tentang pengalaman Senator Mumtaz. Ketika itu aku fikir kak hajar bakal menjadi seperti Senator Mumtaz, namun segalanya adalah perancangan Allah. Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih menyayangi dia.

Aku terus ke bilik siti, kemudian aku ke bilik ba’. Zai dan hanim juga di sana. Aku menangis di bahu hanim. Rasa terkejut ku masih belum hilang disusuli dengan kesedihan yang tak dapat lagi dibendung. Aku lansung tidak pernah mendapat berita bahawa arwah sakit beberapa minggu yang lepas. Yang ku terima hanya berita pemergiannya. Kehilangan yang cukup besar bagiku kerana arwah pernah menjadi tempat untuk aku mengadu sewaktu masih di matrik. Seorang kakak paling senior di kalangan batch kami. Dirinya tak pernah putus dari memberi nasihat dan berkongsi pengalamannya.



9 Sept. 2008

Aku memulakan hari ku dalam keadaan yang sugul. Aku hampir tidak dapat melelapkan mataku semalam. Laptop ku menjadi peneman sehingga jam 3pagi. Hari ini aku benar-benar tiada mood. Wajahnya, senyumannya, gelak ketawanya terbayang-bayang di mataku. Kelas ku bermula jam 8pagi. Seperti biasa aku kelas dengan menaiki bas pada jam 7.45pagi. Aku bertekad tidak mahu terus bersedih lagi. Tidak lama selepas aku tiba ke kelas, nija menyusul. Dia duduk di sebelah ku. Ku lihat matanya bengkak, lantas nija menyebut namaku, "amalina..." Bagaikan empangan yang pecah, air mataku terus mengalir. Nija pun sama. Kami cuba mengawal perasaan agar kesedihan kami tidak terlalu jelas. Rakan sekelas ku yang juga duduk di sebelah ku hanya mendiamkan diri, mengerti akan kesedihan kami. Kami meneruskan kelas seperti biasa.
Hari ini seperti biasa kami perlu berulang alik dari KOM (kuliyyah of medicine) ke KOD (kuliyyah of dentistry). Ku cuba tumpukan perhatianku pada lecture physiology hari ni, namun tiba-tiba aku diselubungi rasa mengantuk. Mungkin kerana tak cukup tidur semalam. Sesekali aku tersengguk. Lecture hari ini agak panjang sehingga melewati waktu rehat kami. Kami harus berkejar semula KOD selepas ini. Perjalanan yang mengambil masa 15minit jalan kaki. Aku berjalan berseorangan cuba menjauhkan diri dari rakan sekelas yang lain, sekadar memberi ruang pada diri untuk bertenang. Kelas cementogenesis bermula. Aku rasa jiwa ku kini lebih stabil. Kelasku tamat pada jam 11.30pagi. Sebaik kelas tamat hanim berbincang dengan bad. Kami bercadang untuk turun ke KL hujung munggu ni untuk melawat keluarga kak hajar. Bad bersetuju. Kami diberitahu jenazah arwah akan dikebumikan hari ini selepas zohor. Tiba-tiba aku kembali terasa sedih. Air mataku mengalir lagi. aku cuba mengawal perasaan. Nama itu kini sangat sensitif bagiku. Ya Allah, sungguh mudah Kau mengambilnya dari kami, namun Kau lah yang lebih berhak ke atasnya kerana dia adalah milikMu yang hanya Kau pinjamkan seketika untuk kami. Terima kasih Ya Allah kerana pernah mempertemukan kami. Kau ampunilah segala dosa-dosanya Ya Allah dan Kau tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang beriman. Moga matinya beroleh syahid di jalan perjuanganMu. Amin.

Al-Fatihah buat Kak Hajar


::kenangan::
Assalamualaikum..
Al-Fatihah untuk Allahyarham Siti Hajar Binti Izham. Al-Fatihah.Pemergiannya adalah satu kehilangan besar kepada dunia dakwah UIAM,jasanya tidak terkira dalam pembentukan organisasi di Nilai,
Allahyarham Siti Hajar Binti Izham bersama-sama golongan yang soleh. Amin.

:: blog ini aku cipta khas untuk tatapan sahabat-sahabat dan adik-adik yang akan datang, somoga jasanya dikenang dan di doakan syurga untukya:: Inilah Dia Mujahidah yang kita perlukan,moga-moga dengan jasa Kak Hajar akan lebih ramai lagi mujahidah dan mujahidin yang akan lahir dari kampus Nilai:: AL-FATIHAH::SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MENEMUI MATI::DISINI JUGA AKU KUMPULKAN SEMUA ARTIKEL2 DARI SAHABAT-SAHABAT YANG LAIN:: MOGA2 9 RAMADHAN 1429H DI INGATI::